Sabar.

1MDB: betapa celakanya PH yg guna 1MDB utk menipu rakyat utk menjadi kerajaan. Dan bertambah celakanya PH bila menjadi kerajaan mereka telah mencuba utk menutup penipuan mereka dari terbongkar dan menzalimi orang yg tidak bersalah.

Apa yg berlaku sebenarnya ialah semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB adalah dijamin atau dipindahkan kepada IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi.

Sewaktu kerajaan BN berkuasa terdapat 2 perjanjian penyelesaian dengan IPIC iaitu pada tahun 2015 dan 2017. Antara intipati perjanjian penyelesaian tersebut ialah:

  • IPIC diberi masa sehingga 31 Disember 2020 untuk mengembalikan wang tersebut; dan
  • sekiranya IPIC gagal, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka kerana pegawai-pegawai paling kanan negara Abu Dhabi yang didapati terlibat dalam kes 1MDB.

Dan setelah Kerajaan PH mengambil alih pemerintahan, kerajaan PH tidak berani mendedahkan perjanjian penyelesaian tersebut walaupun dicabar berulang kali oleh DS Najib.

“Tak boleh dedah perjanjian penyelesaian 1MDB-Ipic, kata Guan Eng”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/03/tak-boleh-dedah-perjanjian-penyelesaian-1mdb-ipic-kata-guan-eng/

Sebab apa PH tak berani? Sebabnya,

  • jika didedahkan maka jelas terbukti dan diketahui oleh rakyat dan seluruh dunia bahawa wang 1MDB sebenarnya tidak hilang, cuma belum dibayar balik oleh IPIC; dan
  • pegawai-pegawai paling kanan negara Abu Dhabi yang didapati terlibat dalam kes 1MDB, bukannya DS Najib.

Sebab apa saya kata bila PH jadi kerajaan, PH bertambah celaka?

Supaya cerita sebenar tidak terbongkar, maka kerajaan PH telah cuba membatalkan perjanjian penyelesaian tersebut di mahkamah England. Tak ke celaka namanya tu?

“Tommy berkata, Mahkamah Dagang London sudah menolak percubaan IPIC dan Aabar untuk membatalkan permohonan 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan untuk mencabar Award Persetujuan yang dipersetujui pentadbiran Najib.”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/569787/1mdb-malaysia-rayu-keputusan-mahkamah-dagang-london

Kerana jika perjanjian penyelesaian tersebut berjaya dibatalkan maka tak dapatlah kita duit tu balik sbb IPIC dah tak perlu bayar/kembalikan duit tersebut yg sepatutnya dibayar/dikembalikan paling lewat pada 31 Disember 2020. Bila tak dapat balik duit, boleh lah kerajaan PH canang yg duit 1MDB dah hilang sbb DS Najib yg rompak.

Nampak tak betapa celakanya PH. Sanggup kehilangan duit 1MDB semata2 tidak mahu penipuan dan fitnah mereka terbongkar dan boleh kenakan DS Najib.

Lagi bertambah celaka, bila kerajaan PH cuba nak batalkan perjanjian penyelesaian tersebut kerajaan PH rupanya secara diam2 telah membuat perjanjian penyelesaian tambahan. Tetapi Allah Maha Kaya kerana kewujudan perjanjian penyelesaian tambahan tersebut telah terbongkar dalam keputusan bertulis hakim mahkamah England bertarikh 26 Nov 2019:
https://www.judiciary.uk/wp-content/uploads/2019/11/MoF-v.IPIC_.APPROVEDJudgmentOfCourt-002.pdf

Hanya selepas kerajaan PH tumbang, barulah DS Najib diberikan salinan perjanjian penyelesaian tambahan tersebut.

Bagaimanapun, menurut DS Najib beliau tidak boleh memuat naik perjanjian tersebut kerana ianya adalah bukti mahkamah bagi kes beliau yang sedang dalam perbicaran dan ianya juga adalah dokumen sulit melibatkan dua negara.

Dgn bukti ini, insha Allah akan membantu DS Najib membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan seterusnya membuktikan betapa celakanya PH.

Sabar..sabar separuh dari iman.

Leave a Comment